Nota harini berkaitan sel yang membebaskan cahaya (elfUV) untuk mengawal metabolisma. Sebagai contoh adalah penghasilan melatonin. Kita tahu melatonin dihasilkan oleh kelenjar pineal dan sel-sel badan seperti di mitokondria
‘Tryptophan’ diperlukan untuk menjadi serotonin, dan serotonin ditukar kepada melatonin. Tryptophan mestilah diaktifkan oleh cahaya matahari untuk menghasilkan jumlah serotonin yg tepat pada waktu yg tepat di siang hari.
Apabila makan pada waktu siang, sel mikrobiom di perut membebaskan cahaya kepada tryptophan untuk menghasilkan serotonin. Sirkadian ritma yang betul mengawal penghasilan serotonin kerana jumlah cahaya yg dibebaskan oleh sel mikrobiom menentukan jumlah serotonin yang dihasilkan.
Serotonin yang dihasilkan oleh sel mikrobiom disimpan di usus kecil, dan seterusnya akan ditukarkan kepada melatonin pada waktu malam (2-4 selepas bergelap), di mana sistem penghadaman tidak mengesan peristalsis, iaitu proses yg berlaku selepas makan.
Selain daripada makan pada waktu malam, pendedahan kepada ALAN merencatkan penukaran melatonin, pengumpulan serotonin yg tidak digunakan berlaku, lalu menyebabkan aktiviti mimpi yg tidak bagus ketika tidur dan merendahkan potensi redoks.
Penukaran melatonin pada waktu malam menggunakan serotonin yg disimpan di usus kecil, dibawa ke otak dan merangsangkan kelenjar pineal, di mana sel akan membebaskan elfUV untuk metilasikan (methylate) serotonin kepada melatonin.
No comments:
Post a Comment