Sunday 14 July 2024

Antioksidan and ROS

 Antioksidan DIY paling terel adalah melanin dan melatonin.

Antioksidan dari makanan paling terel adalah astaxanthin. Senji + seafood.

Reactive Oxygen Species (ROS) ROS adalah molekul yang tidak stabil (free radical), datang dari pelbagai sumber (merokok, pencemaran, radiasi, etc). Tindak balas kimia di dalam badan juga menghasilkan ROS. contohnya, proses yang berlaku di dalam mitokondria.

Secara naturalnya, badan kita memang memerlukan sedikit jumlah ROS ini dan mempunyai cara tersendiri untuk seimbangkan jumlahnya. Tapi, kegagalan untuk stabilkan semula ROS ini akan menyebabkan ‘oxidative stress’, menyumbang kepada kematian sel. Sel mati = penyakit

ROS/free radical ini tidak stabil sebab dia tak cukup electron pairing. Dalam subjek kimia form 4, semua molekul (Refer periodic table), ada struktur asas yang ada elektron dekat lingkaran luar yang keliling nucleus. Molekul stabil kena ada elektron yang berpasangan.

Bila elektron pairing tidak lengkap, molekul tersebut akan mencuri elektron daripada molekul lain yang stabil. Di sini lah, peranan antioksida amat penting. Antioksida menyumbang lebihan elektron yang dia ada kepada free radikal ini, sekaligus mencegah oxidative stress.


No comments:

Post a Comment