Friday, 4 March 2022

Circadian rhythm

By @seawater44

Ini ialah thread saintifik berkenaan circadian rhythm. Semua organisma yang sensitif terhadap cahaya (termasuk manusia) mempunyai biological clocks (jam biologi) untuk menghadapi perubahan kitaran masa mengikut hari dan musim di bumi.

Biological clocks beroperasi secara berirama dengan kitaran masa 24 jam dan menghasilkan circadian rhythm (irama sirkadian), satu autoregulatory (kawal kendiri) system yang mengatur hampir setiap fungsi fisiologi, biologi dan biokimia tubuh.

Hampir setiap tisu dan organ di tubuh manusia mempunyai biological clocks (sejenis protein) tersendiri yang diselaras oleh master clock iaitu suprachiasmatic nucleus (SCN) yang berada di hypothalamus (bahagian otak manusia).



Selain SCN, untuk memastikan interaksi circadian rhythm yang berjaya di antara tubuh manusia dan persekitaran kita juga memerlukan...

1) laluan input (masuk) yang membawa maklumat mengenai persekitaran dan tubuh ke SCN untuk mencapai entrainment (proses melaraskan/reset semula master clock) yang memuaskan

2) laluan output (keluar) yang menyampaikan maklumat mengenai masa ke tubuh yang akan menyeragamkan bodily functions (fungsi-fungsi tubuh) dan circadian phase (fasa sirkadian)

Zeitgeber (perkataan German yang membawa maksud literal “time giver” dan istilah saintifik yang bermaksud isyarat dari persekitaran yang mereset semula master clock (SCN)) yang terpenting ialah cahaya semula jadi i.e. ☀️

Kita semua tahu bahawa fungsi retina ialah untuk memproses visual stimuli yang membolehkan kita melihat. Tetapi tahukah anda bahawa retina juga berfungsi untuk membawa photic information (maklumat dari cahaya yang memberi respons fisiologi ke atas tubuh) dari luar ke SCN?

Di retina terdapat rods dan cones (photoreceptors = 2 jenis tisu saraf) yang membantu kita melihat. Selain itu, terdapat satu lagi tisu saraf penting iaitu retinal ganglion cells (RGCs) yang mempunyai photopigment melanopsin.

*intrinsically photosensitive retinal ganglion cells (ipRGCs) atau nama lainnya melanopsin-containing retinal ganglion cells (mRGCs)

Melanopsin merupakan short-wavelength-sensitive-pigment yang amat sensitif terhadap cahaya yang mempunyai wavelength (panjang gelombang) dlm linkungan 480 nm. (Nak cuba teka cahaya apa yang mempunyai wavelength sebegini?)

Betul. Melanopsin sensitif terhadap blue light. Blue light di sini bermaksud cahaya biru sinaran mentari. Bukan artificial light. Sebab itu #kmss mementingkan pendedahan kepada cahaya ☀️ di waktu siang.

Apabila mata dimasuki cahaya, melanopsin akan menjadi pengantara yang menghantar photic information ke SCN (via retinohypothalamic tract) yang seterusnya memberi kesan kepada bodily functions.

Circadian rhythm dapat dilihat dengan jelas di tubuh manusia melalui sleep-wake cycle (kitaran tidur-bangun), hormone production (penghasilan hormon) dan tahap performance (prestasi) dan (alertness) kewaspadaan di waktu siang dan malam.

Ketidakseragaman antara master clock dan persekitaran, i.e. circadian misalignment (ketidakseimbangan sirkadian) boleh mengakibatkan masalah kesihatan e.g. peningkatan rasa mengantuk, pengurangan attention span, penyakit perut dan usus, peningkatan risiko mendapat barah diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular dan metabolik lain

Antara perkara2 yang boleh menyebabkan gangguan sirkadian ialah pendedahan kepada cahaya semulajadi yang tidak cukup di siang hari, pendedahan kepada cahaya yang tidak kena pada masanya (artificial light at night), pendedahan kepada non-native emf yang berlebihan corak tidur yang tidak teratur, pekerja shift yang berjaga malam dan tidur di siang hari dan juga frequent travelers (jet lag).

Pendedahan kepada cahaya ☀️ di waktu siang adalah salah satu zeitgeber penting untuk circadian entrainment supaya tidak berlaku ketidakseimbangan sirkadian.

Reference

https://www.researchgate.net/figure/The-master-clock-in-the-suprachiasmatic-nucleus-SCN-controls-the-timing-of-the_fig1_228477858

https://www.nature.com/articles/s41591-018-0271-8

https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0005109816000534

https://www.intechopen.com/chapters/60408

https://journals.physiology.org/doi/full/10.1152/ajpregu.00066.2013

No comments:

Post a Comment